fb fb fb fb fb

PM10: Jokowi pemimpin terawal ucap tahniah buat Anwar

(Joko Widodo/AFP)

KUALA LUMPUR, 24 November- Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menjadi pemimpin negara yang terawal menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Anwar berkongsi video menunjukkan Jokowi menghubunginya bagi mengucapkan tahniah atas berita baik itu.

“Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan,” katanya di Facebook 'Anwar Ibrahim'.

Tambah Anwar lagi, persahabatan antara Malaysia dan Indonesia semestinya akan diperkukuhkan lagi selepas ini.

Terdahulu, Pemimpin Tunisia, Sheikh Rashed Ghannouchi mengutus perutusan tahniah kepada Anwar kerana muncul unggul dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sahabat saya Cheikh Rached Ghannouchi mewakili Parti Ennahdha Tunisia kirim tahniah kepada Pakatan Harapan kerana muncul unggul pada PRU15 yang lalu.

“Beliau turut mendoakan buat kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” kongsi Anwar di Facebook.

(Tangkap layar video FB Anwar Ibrahim & Foto AFP)

Media Baharu