fb fb fb fb fb

PM umum cuti 18, 19 November

(Hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia
menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15)/BERNAMA)


PUTRAJAYA, 14 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

"Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi," katanya.

Belia mengumumkan hari kelepasan am berkenaan ketika hadir merasmikan pecah tanah Wisma Cuepacs Putrajaya, di sini

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri) berbual bersama Setiausaha Agung MTUC
Kamarul Baharin Mansor (dua, kanan) dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC),
Mohd Effendy Abdul Ghani di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)/BERNAMA)

Media Baharu