fb fb fb fb fb

'Membina Jenama Bersama RTM' bantu IKS bangkit semula

KUALA LUMPUR, 14 November- RTM bersedia membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan krisis COVID-19, untuk terus bangkit.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata 'Membina Jenama Bersama RTM' menawarkan pakej pemasaran dengan kadar berpatutan.

"Jangan risau, jangan takut bahawa kadar yang dikenakan oleh rtm, kita boleh runding kadar...kita boleh beri insentif tertentu untuk memulakan mempromosikan produk mereka.

"Jangan risau, itu kita boleh bincang secara terperinci," katanya.

(Datuk Che Roslan Che Daud)

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Segmen Hello Selangor 'Membina Jenama Bersama RTM' di SelangorFM.

Tambahnya, bantuan pemasaran itu akan difokuskan ke negeri-negeri lain selepas Selangor.

Media Baharu