fb fb fb fb fb

MAFI kenal pasti kawasan pertanian dan penternak terkesan banjir

MELAKA, 14 November- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengenal pasti kawasan pertanian dan penternak di seluruh negara yang terkesan akibat banjir .

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pihaknya kini sedang mengumpul laporan kerosakan daripada agensi dan jabatan terlibat bagi memudahkan pemantauan dilakukan di setiap negeri dan daerah.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah)

"Bagi kita membuat pemantauan yang pertamanya setakat mana kerosakan yang berlaku kita tak boleh membuat apa itu penggantian atau pun ganti rugi kita bantu mereka beroperasi semula kita dapatkan laporan kita dari peringkat peringkat negeri macam hari itu ada mala petaka di Baling, Kedah kita dah dapat dan kita sekarang dalam bentuk memberikan bantuan supaya mereka boleh buatpermulaan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ProgramSemarak Kasih Peladang Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka di Taboh Naning , Alor Gajah.

Dalam pada itu ahli peladang yang belum mempunyai Kad Smart Peladang-i diseru untuk membuat kad berkenaan bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada mendapat manfaat yang diberikan kerajaan .

Media Baharu