fb fb fb fb fb

677 keluarga masih di lapan PPS di Pasir Mas

KELANTAN, 14 November- 2,038 penduduk terjejas daripada 677 keluarga masih berlindung di lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas.

Situasi banjir di Kelantan tidak banyak berubah pada sebelah petang biarpun cuaca cerah sejak pagi tadi.


(Foto Ihsan FB APM Pasir Mas)

Setakat jam 4 petang ini, 2,038 penduduk terjejas Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh paling ramai menempatkan penduduk terjejas iaitu seramai 668 orang melibatkan 203 keluarga.

Ia di ikuti, PPS SK Gual Periok (473), PPS SK Sri Kiambang (233), PPS SK Kubang Kual (220), PPS Putat Tujoh (186), PPS Masjid Mukim Padang Licin (145) dan selebihnya di PPS SK Gual Sitok serta PPS SK Kedai Tanjong.

Di jangkakan situasi banjir di jajahan berkenaan akan bertambah baik jika cuaca baik berterusan menjelang malam nanti.

Sementara itu, aras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu berada pada bacaan 9.49 meter namun semakin menunjukkan trend menurun

Media Baharu