fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

(FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-75 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

"Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama, " katanya menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya, hari ini.

Anwar berkata, beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

"Dirgahayu Tuanku," katanya.

(Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir)

Media Baharu