fb fb fb fb fb

Bekalan minyak masak di Melaka pulih

Foto Fail

BANDARAYA MELAKA, 14 Januari- Bekalan minyak masak di Melaka kembali pulih.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pasaraya atau premis perniagaan yang tidak menjual atau kehabisan bekalan minyak masak, orang ramai diminta untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata ia susulan premis perniagaan tersebut tidak mempunyai atau memperbaharui lesen Akta Kawalan Bekalan (CSA).

"Setakat ini, bekalan minyak masak paket masih lagi ada dan mencukupi. Jika tiada, orang ramai diminta untuk memaklumkan segera kepada kami kerana kami dapat jaminan daripada syarikat pembungkusan semula ini bahawa pengilang akan memastikan bekalan minyak ini sentiasa ada.

Saya juga akan pastikan premis perniagaan seperti kedai runcit akan mendapat stok, namun ada beberapa kedai runcit dia tidak perbaharui lesen CSA. Maka, dia tidak boleh menjual minyak masak ini," kata Norena kepada pemberita RTM selepas sesi Walkabout KPDN di Jalan Jonker, di sini.

Turut hadir dalam sesi itu adalah Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia, dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem.


(Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
(KPDN) Melaka, Norena Jaafar/Foto Fail)

Mengulas lanjut, KPDN juga giat menggerakkan anggotanya di beberapa pasaraya dan kedai di seluruh negeri Melaka bagi tujuan pemantauan.

KPDN juga sedang berusaha memastikan bekalan minyak masak, telur dan barangan lain mencukupi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari depan.

Media Baharu