fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada calon SPM 2022, ibu bapa dan warga pendidik

(Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang memperoleh keputusan hari ini.

"Kepada (calon) yang peroleh keputusan cemerlang, semoga ia memberikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya.

"Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu," katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa calon dan warga pendidik yang berterusan dalam memberi sokongan kepada anak bangsa Malaysia.

(Foto FB Anwar Ibrahim)

Artikel berkaitan:
10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A

Media Baharu