(Waris krew pesawat MH370 yang hilang, Intan Maizura Othman
pada sidang media 30 Julai 2018/Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 8 Jun –“Ia memang tidak kelakar langsung, tidak kira siapa anda; jangan sekali-kali menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka.”
“Anak saya, Muhammad masih bersedih sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya.” Demikian luahan kesal dan sedih seorang waris iaitu isteri salah seorang kru pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, Intan Maizura Othman menerusi media sosial.
Maizura tampil menyelar pelawak didakwa dari Singapura, Jocelyn Chia kerana mempersendakan tragedi tersebut.
“Adakah anda tahu, berapa ramai ibu masih menangis sehingga hari ini? Anda tidak tahu kerana tiada rasa empati dan hati.
“Atau mungkin anda tidak ada keluarga, sekali pun jika kamu ada keluarga, saya yakin mereka akan berasa malu atas kebodohan kamu,” katanya.
Menerusi rakaman video berkenaan, Maizura berkata tinggal di negara sedang membangun dan mempunyai hati dan perasaan jauh lebih baik daripada anda yang tinggal di negara kelas pertama di dunia.
Pada akhir rakaman ibu kepada dua anak itu mahu sikap menormalisasi segala perkara bodoh dihentikan jika hanya untuk meraih perhatian ramai.
Dalam tragedi pada 2014 itu, Maizura kehilangan suaminya, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dan ketika tragedi berlaku Maizura dia sedang mengandung anak ke-2, Muhammad.
(Intan Maizura bersama anaknya)
Artikel berkaitan:
Fahmi kecam Jocelyn Chia
Jocelyn Chia bukan lagi warga Singapura, mohon maaf kepada Malaysia - Pesuruhjaya Tinggi
Pelawak Singapura didakwa hina Malaysia