PM ucap tahniah kejayaan PPUM laksana pemindahan hati bayi empat bulan

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas kejayaan bersejarah melaksanakan prosedur pemindahan hati ke atas seorang bayi berusia empat bulan dengan berat 6.2 kilogram.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri ucap tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan pemindahan hati bayi.
  • Kejayaan itu menggambarkan kepakaran dan profesionalisme tinggi warga kesihatan negara.
  • Prosedur pemindahan hati dianggap kompleks dan berisiko tinggi, menunjukkan dedikasi pasukan perubatan.
  • PPUM menunjukkan kemampuan melakukan pembedahan organ kritikal pada tahap bertaraf dunia.
  • Pencapaian ini dipuji menerusi hantaran Perdana Menteri di platform media sosial X.

Menurut beliau, kejayaan tersebut mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara, khususnya dalam mengendalikan prosedur perubatan yang amat kompleks dan berisiko tinggi.

“Tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan bersejarah melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram,” kata beliau dalam satu hantaran di platform media sosial X, hari ini.

PPUM berjaya melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada November lepas, sekali gus membuktikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf dunia.