fb fb fb fb fb

"Selamat Tahun Baharu Chithirai, Vaisakhi" - PM

(Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 14 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.

"Semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan," katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, perdana menteri turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat-menghormati di negara ini.

(Foto FB Anwar Ibrahim) 

Media Baharu