(Foto Facebook Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR, 14 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.
Menurut catatan di Facebook milik beliau, ucapan itu juga khas buat isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ibunya, Allahyarham Che Yan Hamid Hussein.
"Tiada ayat yang mampu diungkapkan tatkala mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
“Ibu berperanan penting dalam setiap pencapaian anak-anak.
"Bagi mereka yang telah kehilangan ibu, saya berharap agar golongan ibu yang telah meninggal dunia bertemu damai di sana.
“Kepada mereka yang masih mempunyai ibu, semoga terus dalam kasihnya,” katanya.
(Foto Facebook Anwar Ibrahim)