(Datuk Seri Anwar beramah mesra bersama jemaah sebelum meninggalkan masjid
selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia/BERNAMA)
SERDANG, 3 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir menunaikan solat Jumaat bersama-sama lebih 3,000 jemaah di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Ketibaan beliau pada pukul 1.30 tengah hari disambut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan pengurusan tertinggi masjid UPM.
Khutbah Jumaat bertajuk 'Ajaran Sempurna, Anak-Anak Terpelihara' disampaikan Imam Masjid UPM, Mohd Hafiz Ghzali manakala solat Jumaat dipimpin oleh Amir Ikmal.
Selesai solat, Anwar sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum meninggalkan masjid.
Terdahulu sebelum ke masjid, perdana menteri makan tengah hari di Medan Selera Seri Serdang dan turut disertai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.
(PM tunaikan solat jumaat bersama lebih 3,00 jemaah di Masjid UPM)