fb fb fb fb fb

Paras air sungai Kota Tinggi meningkat, 90 peratus premis perniagaan ditutup

KOTA TINGGI, 3 Mac - 90 peratus premis perniagaan di Kota Tinggi, Johor ditutup susulan paras air Sungai Johor khususnya di jambatan Kota Tinggi semakin meningkat dan melimpah.

Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Tinggi mendapati, aliran air sungai sangat deras susulan hujan lebat sejak pukul 10 pagi tadi.

Pemangku Ketua Zon 2 Johor, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat berkata seramai 20 pegawai dan anggota telah diarah untuk bersiap siaga bagi membantu tugasan operasi.

(Pemangku Ketua Zon 2 Johor, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat)

"Kita tengok trend air meningkat sebab ia berhampiran dengan sungai Kota Tinggi namun kita tengok sekarang arus sungai sangat laju dan menurut MetMalaysia trend ini berterusan sehingga empat haribulan.

"Setakat hari ini kita semua pegawai-pegawai berada dalam fasa siap siaga untuk bertindak atas panggilan kecemasan yang kita terima," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Tambah Tahrin, pihaknya kini membuat rondaan selain turut menghulurkan bantuan kepada penduduk.

Media Baharu