fb fb fb fb fb

PM tinjau persiapan pembentangan Bajet 2023 di MOF

PUTRAJAYA, 6 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Kementerian Kewangan bagi meninjau persiapan pembentangan Bajet 2023.

Beliau tiba di Bangunan Perbendaharaan pada pukul 12.00 tengah hari, disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan l, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri Kewangan ll, Datuk Yamani Hafez Musa. 

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
memasukkan laporan pembentangan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan / Foto BERNAMA)

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai kementerian yang terlibat sebelum melawat bilik operasi penyediaan bajet.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen, esok.

Media Baharu