fb fb fb fb fb

Johor siap sedia bekalan ikan menjelang musim tengkujuh

JOHOR BAHRU, 6 Oktober- Sebuah pusat pengumpulan ikan yang baharu siap dibina di Mersing, Johor akan beroperasi dalam waktu terdekat bagi menampung keperluan bekalan ikan pada musim tengkujuh.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip berkata, pihaknya menerusi Jabatan Perikanan Negeri Johor dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor sudah menyediakan bekalan mencukupi sepanjang tempoh itu.

Setakat ini, bekalan sedia ada ditempatkan di pusat-pusat pengumpulan ikan di Mersing dan pantai barat Johor.

(Foto fail)

"Jabatan Perikanan Negeri Johor memaklumkan, kerajaan sedang dalam proses untuk tambah lesen perikanan laut dalam untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan tangkapan ikan.

Ini semua untuk pastikan bekalan ikan cukup waktu banjir tengkujuh dan sebagainya, " katanya selepas merasmikan Program Kolaborasi antara Syarikat Peneraju dan Pengusaha Tanaman Industri Asas Tani di sini.

Tambah beliau, selain sumber laut, hasil-hasil tanaman juga mencukupi untuk digunakan pada waktu banjir.

Media Baharu