fb fb fb fb fb

Kenderaan bawa Perdana Menteri tiba di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di istana negara hari ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pintu utama istana negara pada pukul 3.47 petang.

Ketika melalui perkarangan luar istana, beliau sempat melambaikan tangan kepada pengamal-pengamal media yang telah menunggu bagi membuat liputan berita sejak awal pagi tadi.

Dalam Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda tersebut, beliau akan menyembah maklum mengenai keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Kabinet termasuk mengenai Bajet 2023 yang bakal dibentangkan esok.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan pagi tadi, beliau berkata, agenda pembubaran Parlimen berkemungkinan dibincangkan bersama Al-Sultan Abdullah sekiranya perihal berkaitan kabinet dapat diselesaikan awal.

Bagaimanapun, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka Baginda.

Media Baharu