fb fb fb fb fb

Letak SPRM bawah seliaan Parlimen demi kepentingan awam - Rais Yatim

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Hasrat untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah seliaan Parlimen adalah demi kepentingan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata kebertanggungjawaban terhadap Parlimen dilihat lebih penting dan bermakna berbanding bawah kuasa eksekutif.

(Pengerusi JKKMAR, Tan Sri Dr Rais Yatim)

"Parlimen boleh menyoal dan menyusun apa sahaja tinggal lagi kita hendak formalisasikan beberapa tanggungjawab yang lebih jelas. Misalnya, seksyen 14 ini boleh ditambah sedikit lagi, selain hanya memeriksa, perlu diperluaskan sedikit supaya boleh melihat tanggungjawabnya, ini yang penting," katanya selepas merasmikan Majlis Persidangan Simposium Parlimen Malaysia 2022 Forum Antirasuah Senator bersama SPRM, di sini.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki terbuka dengan cadangan beberapa pihak untuk meletakkan agensi itu bawah Parlimen.

Namun, keputusan itu berkemungkinan menyebabkan agensi terbabit terikat dengan polisi serta arahan daripada ahli politik.

Media Baharu