fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut: Lembah Klang, Melaka dan N.Sembilan alami kekerapan hujan lebat lebih ketara

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan akan mengalami kekerapan hujan lebat lebih ketara berbanding kawasan lain ketika Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula bulan depan hingga Mac 2023.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata perubahan pola cuaca ini berlaku di kawasan tengah semenanjung kerana keragaman iklim yang berubah-ubah termasuk mengakibatkan kenaikan suhu ekstrem.

(Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip)

"Kalau kita fokus kepada monsun Timur Laut biasanya monsun Timur Laut ini kita lebih fokus kepada episod-episod hujan lebat. Episod hujan lebat ini macam mana kita hendak tahu, kita tengok dari segi luruan monsun.

"Luruan monsun ini kita ada daripada tanah besar China yang memberi hujan lebat kepada negara dan kita tengok daripada data-data sejak tahun 1980 sehingga sekarang trend luruan monsun ini tidak nampak ada kenaikan yang ketaralah," katanya semasa Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut secara maya bersama Jabatan Pengairan dan Saliran serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Hisham turut mengingatkan orang ramai agar tidak meramal cuaca semasa sebaliknya merujuk kepada data harian yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.

Media Baharu