fb fb fb fb fb

PM tidak peraku tubuh parti baharu - PMO

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama perdana menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran dari Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu "tindakan tidak bertanggungjawab itu sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti perdana menteri dan pentadbiran kerajaan.

"Rakyat turut dinasihat agar tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak."

(Foto hiasan)

Media Baharu