BANDAR HILIR, 9 Oktober -Seramai 136 Masyarakat Orang Asli di Melaka menerima tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara percuma selama setahun.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, caruman itu meliputi 50 peratus populasi masyarakat orang asli di negeri itu yang bekerja sendiri dan tinggal di kawasan pedalaman.
"Masih terdapat 90 peratus yang belum mencarum, memandangkan terdapat yang bekerja sendiri dan mencari hasil hutan.
"Oleh hal sedemikian, golongan ini terdedah kepada risiko", katanya demikian pada Program Penyampaian Faedah dan PERKESO Mendekati Media di sini.
Dalam pada itu, setakat September tahun ini, lebih RM19.7 juta bayaran faedah telah dilunaskan oleh PERKESO Melaka membabitkan 6,088 kes.
Jumlah kes bayaran tertinggi melibatkan pencarum bagi kes Faedah Hilang Upaya Kekal (HUS) dengan 473 kes diikuti Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melibatkan 4,435 kes.
(Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem)