fb fb fb fb fb

PM singgah di UAE, saksi pemeteraian MOU syarikat Malaysia

DUBAI, 30 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob singgah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa bagi menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) melibatkan syarikat Malaysia di Dubai.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum pada pukul 6.35 petang waktu tempatan (10.35 malam waktu Malaysia).

Ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri disambut Duta Besar Malaysia Ke UAE, Datuk Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd. Hasril Abdul Hamid.

Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

(Perdana Menteri tiba di UAE bagi menyaksikan pemeteraian MOU melibatkan syarikat Malaysia)

Persinggahan Perdana Menteri di Dubai selepas beliau menamatkan lawatan rasmi tiga hari di Qatar yang bermula Sabtu lalu.

Media Baharu