fb fb fb fb fb

Tun Dr. Mohd Ali Rustam dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan

ARAU, 29 Mac- Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menghargai sumbangan beliau yang cemerlang dalam bidang ekonomi.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat berkenaan sempena sidang pertama Upacara Konvokesyen Ke-59 USM yang berlangsung di Istana Arau, di sini.

Sidang pertama berkenaan bagi meraikan penerima ijazah kehormat dan tanda penghargaan serta pengiktirafan universiti terhadap sumbangan Tun Dr Mohd Ali.

Atas kecemerlangan dalam bidang ekonomi, beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

(Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyampaikan ijazah kehormat kepada Tun Dr Mohd Ali Rustam)

Tuanku Syed Sirajuddin dalam titahnya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tun Dr. Mohd Ali atas penganugerahan tersebut.

Baginda percaya beliau merupakan individu tepat untuk menerima anugerah berkenaan atas sumbangan besar beliau kepada USM, negeri Melaka dan negara umumnya.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Media Baharu