fb fb fb fb fb

Warga emas dikhuatiri lemas dihanyutkan arus banjir kilat

CAMERON HIGHLANDS, 29 Mac- Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Bara Tea Kampung Sungai Ubi, di sini.

Dalam kejadian pada 4.50 petang Selasa itu, mangsa yang berusia 60 tahun dipercayai berada di luar rumah ketika banjir kilat berlaku susulan hujan lebat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi pencarian di kawasan banjir kilat.

"Pada masa ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi giat dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat," katanya.

(Anggota bomba melakukan pencarian di lokasi beliau dikatakan dibawa arus deras)

Tambah beliau, semasa kejadian hujan sangat lebat selama kira-kira satu jam menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan.

Media Baharu