fb fb fb fb fb

Operasi khas bersepadu cegah ulat parkir diaktifkan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 30 Mac - Kegiatan ‘ulat parkir’ di sekitar bandar raya Johor Bahru mendatangkan kegusaran orang awam, berikutan tindakan mereka meminta wang secara paksa kepada pemandu, sehingga mewujudkan suasana tegang.

Malah ada pengguna jalan raya yang terpaksa membayar wang kepada ‘ulat parkir’, kerana bimbang kenderaan mereka dirosakkan.

Susulan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor melaksanakan Operasi Khas Bersepadu Ulat Parking di dua lokasi tumpuan orang awam, iaitu di Jalan Wong Ah Fook dan Taman Sentosa.

(Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan TrafikJohor di sekitar Johor Bahru/JSPT Johor)

Menurut Ketua JSPT Johor, Superitenden M. Kumarasan, dua lelaki berusia 24 dan 39 tahun ditahan menerusi operasi bermula 8.30 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Kedua-dua lelaki itu ditahan ketika mengawal dan mengatur kenderaan, di kawasan larangan meletak kenderaan.

Mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Media Baharu