fb fb fb fb fb

MOTAC peruntuk RM2 juta untuk Baucar Buku Semarak Membaca

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Sebanyak RM2 juta diperuntuk bagi melaksanakan Program Baucar Buku Semarak Membaca 2022.

Program ini dilaksanakan menerusi insentif Pemberian Baucar dan Diskaun bagi produk Kesenian dan Kebudayaan 2022.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, Baucar Buku Semarak Membaca yang bernilai RM10 setiap satu boleh ditebus mulai 1 April ini.

Ia akan memberi manfaat kepada 190,000 penerima.

"Setelah mendapat respons yang positif daripada Keluarga Malaysia, skop kedai buku juga telah diperluaskan. Pada tahun 2022, agihan baucar diperluas kepada 371 buah kedai buku berbanding 168 buah kedai buku yang terlibat pada tahun lalu. Ini adalah satu prestasi yang amat baik," kata Nancy Shukri dalam ucapannya pada majlis penyerahan Baucar Buku semarak membaca 2022 di Kuala Lumpur.


(FOTO FB MOTAC)

Senarai kedai buku yang terlibat akan dipaparkan di laman web semarakmembaca.com.

Selain itu, maklumat dan hebahan tentang program tersebut akan dimuat naik ke media sosial antaranya MOTAC dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Media Baharu