KUALA LUMPR, 29 Mac - Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir digesa memanfaatkan Bantuan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu merancakkan semula perniagaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, SMEEF 2.0 memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM100,000.
(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar)
Tempoh bayaran balik pula selama lima tahun dan diberikan moratorium setahun.
"Sekarang ini peruntukan RM100 juta, yang kita baru lulus baru 20 orang, bermakna yang telah lulus RM2 juta. Kita ada RM100 juta, kemudian kita ada RM98 juta lagi.
Tan Sri Noh menyampaikan bantuan SMEEF 2.0 dan Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi SME Corp, di ibu negara.
Dalam pada itu, beliau meminta SME Corp agar mempermudah dan menyegerakan pemberian pembiayaan SMEEF 2.0 kepada usahawan yang memenuhi syarat.
Pemohon hanya perlu mengemukakan dokumen wajib, termasuk bukti syarikat mereka terjejas dan mendapatkan pengesahan daripada pejabat daerah, pemimpin tempatan atau menerusi laporan polis.