fb fb fb fb fb

Pensijilan myGAP dan myOrganic jadi indikator utama capai objektif Dasar Agromakanan Negara - MAFI

PUTRAJAYA, 29 Mac- Pensijilan myGAP dan myOrganic menjadi indikator utama dalam mencapai objektif Dasar Agromakanan Negara bagi menambah baik keselamatan dan nutrisi makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Hj. Ahmad Hamzah dalam ucapannya berkata sistem makanan masa depan yang cekap dan berdaya tahan berpotensi meningkatkan pendapatan pengeluar makanan serta berupaya menyediakan makanan yang berkhasiat dan berpatutan.

"Kita berharap supaya banyak lagi pengusaha, petani dan penternak pada hari ini kita nak sektor pertanian supaya dapat memastikan mereka mempunyai sijil myGAP kerana matlamat kita mahu mengeluarkan penghasilan makanan yang berkualiti yang dapat menjamin bahawa ianya bermutu dan berkhasiat untuk pengguna," kata Datuk Ahmad kepada pemberita RTM pada sidang media Majlis Apresiasi Pensijilan myGAP dan myOrganic bagi pengusaha Subsektor Tanaman Tahun 2021 di Putrajaya, hari ini.


(Gambar Fail)

Dalam pada itu, MAFI turut menyasarkan pengeluaran produk makanan yang berorientasikan eksport agar mendapat permintaan yang tinggi dengan harga yang premium.

"Pensijilan myOrganic adalah yang terbaik dalam penghasilan semua produk berkualiti tinggi dan sentiasa mendapat permintaan yang menggalakkan," tambahnya.

Sejak tahun 2002 sehingga kini, Jabatan Pertanian telah merekodkan sebanyak 9,453 ladang di bawah subsektor tanaman telah menerima sijil myGAP manakala 294 ladang telah menerima sijil myOrganic.

Media Baharu