PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja dua hari

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri di Terminal 2, KKIA, petang tadi/ RTM

KOTA KINABALU, 10 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu hari ini bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat kira-kira 6.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
  • Ketibaan disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan pemimpin negeri serta pegawai kanan.
  • Malam ini Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis makan malam sempena Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sebuah hotel Kota Kinabalu.
  • Esok beliau akan menghadiri Mesyuarat MTPMA63 2026 di SICC, menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas dan lawatan pusat pemindahan mangsa kebakaran.

Beliau tiba kira-kira 6.40 petang dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor , Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud serta beberapa pemimpin kerajaan negeri dan Persekutuan dan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis makan malam sempena Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kota Kinabalu malam ini.

Esok, Datuk Seri Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Beliau turut dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Likas dan mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa kebakaran Kampung Numbak di Dewan Serba Guna Damai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.