fb fb fb fb fb

PM terkesan keprihatinan rakyat Malaysia hulur bantuan gempa bumi

(FOTO FB ANWAR IBRAHIM)

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib menimpa mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Keprihatinan dizahir menerusi penyaluran bantuan berterusan sejak bencana alam itu melanda.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri memaklumkan mengenai bantuan terbaharu digerakkan Malaysia ke Damsyik, Syria; semalam.

(Foto FB Anwar Ibrahim)

Ia membabitkan penghantaran 42 tan barangan keperluan menggunakan dua pesawat milik TUDM.

Beliau mendoakan agar misi bantuan melibatkan kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam itu akan dipermudahkan.

Media Baharu