fb fb fb fb fb

'Selamat maju jaya kepada calon SPM esok' - PM

KUALA LUMPUR, 19 Februari - "Selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, mulai esokm," ucap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu poster hantaran di Facebook hari ini, beliau turut mendoakan agar usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan antara 20 Februari hingga 15 Mac.

Menurut kenyataan itu lagi, SPM 2022 dilaksana bermula 30 Januari hingga 15 Mac depan yang membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

Selama peperiksaan berlangsung seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu nanti.

Manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara.

Media Baharu