fb fb fb fb fb

PM terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) bagi mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada masa yang bersesuaian.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata undangan itu diterima beliau hari ini semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Putrajaya.

Jelas Perdana Menteri, delegasi itu terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.

"Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dan Barat di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM