PUTRAJAYA, 30 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer.
Menerusi hantaran Facebook, beliau menyatakan hasrat untuk terus memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Jerman.
"Selain memperluas peluang perdagangan dan pelaburan, kerjasama dalam pendidikan termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta pertukaran budaya dapat memupuk persefahaman dan menghargai kepelbagaian.
"Hubungan yang menyeluruh ini diyakini mampu mempererat hubungan rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada kemajuan bersama yang mampan," menurut hantaran itu.