fb fb fb fb fb

Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Pemandu bot direman

Suspek yang berada di hadapan dibawa ke Mahkamah Majistret Setiu / Foto RTM

SETIU, 30 Jun - Seorang pemandu bot yang terbabit dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian Sabtu lepas, direman selama tiga hari bermula pada hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majisteret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Setiu, di sini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 15(1)(a) akta dadah berbahaya 1952.

Pemandu bot berkenaan ditahan semalam selepas didapati positif dadah jenis Nimetazepem.

Suspek juga mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Dalam kejadian itu kira-kira pukul 10.30 malam, sebuah bot yang membawa 15 penumpang, berusia tiga hingga 40 tahun terbalik akibat ombak kuat dan cuaca buruk.

Insiden itu turut menyebabkan kematian tiga mangsa dan seorang kanak-kanak kritikal.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ