fb fb fb fb fb

Peranan semua pihak diperlukan, wujud suasana kerja selamat & adil

Bengkel Serantau mengenai Perspektif Lensa Gender dalam Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Semua pihak diseru untuk memahami dan menegakkan prinsip undang-undang serta dasar sedia ada bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, adil dan menghormati hak wanita khususnya di rantau ASEAN.

Pengerusi Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Edmund Bon Tai Soon berkata, golongan tersebut perlu diberi ruang sewajarnya dalam menuntut perlindungan selain memastikan pihak majikan sentiasa mematuhi prinsip hak asasi manusia dalam persekitaran kerja

"Komitmen kerajaan dan perniagaan, serta komitmen politik perlu bergerak bersama dengan komitmen pihak kerajaan dan syarikat untuk menghormati hak asasi manusia melalui kerangka undang-undang.

"Namun, kerangka undang-undang sahaja tidak mencukupi; kita juga memerlukan komitmen yang teguh. Kita perlu memberitahu majikan bahawa inilah prinsip yang perlu dipatuhi. Inilah kerangka undang-undang dan anda perlu mengikutinya. Dalam pekerjaan, ia mesti dipatuhi dan dipastikan dihormati di tempat kerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Bengkel Serantau mengenai Perspektif Lensa Gender dalam Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI