fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan Dr Omar bincang gencatan senjata di Gaza

Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman berketurunan Palestin yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta peranan Malaysia dalam menegakkan mesej Islam yang inklusif dan sederhana.

"Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang digiat dirancang sebaik-baiknya", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menerima kunjungan hormat dari Pengarah Urusan Syarikat Neutral Transmission Sdn. Bhd. Dr Mohamed Awang Lah bersama delegasi.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pemerkasaan prasarana serta industri telekomunikasi negara yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan internet, jalur lebar, teknologi 4G, 5G dan sebagainya.

"Moga perkongsian pandangan ini dapat membuka peluang dalam menambah baik infrastruktur serta kemajuan teknologi di Malaysia, Insya-Allah", katanya.

0302 PM KUNJUNGAN DR LAHFoto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

ROSLINA BINTI DIN