
RAWANG, 1 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Nurul Iman di sini, hari ini.
- Disambut oleh Imam 1 Ustaz Huzaifah Mazilan bersama pengurusan masjid dan jemaah pada pukul 1.13 tengah hari.
- Kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke masjid itu; kunjungan pertama pada tahun 2012.
- Sebelum solat, beliau menjamu selera di gerai berhampiran bersama OBD Gombak Datuk Cheremi Tarman, YDP MPS Shahman Jalaludin dan Pegawai Daerah Nor Azlina.
- Selepas solat, beliau menandatangani buku pelawat khas yang disediakan oleh pengurusan masjid.
Kehadiran beliau disambut oleh Imam 1, Ustaz Huzaifah Mazilan bersama pengurusan masjid dan jemaah lain pada pukul 1.13 tengah hari.
Ini merupakan kali kedua Perdana Menteri hadir menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas kali pertama pada tahun 2012.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar menjamu selera di salah sebuah gerai berhampiran masjid bersama Orang Besar Daerah (OBD) Gombak Datuk Ir. Cheremi Tarman, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shahman Jalaludin dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.
Selesai solat, Perdana Menteri meluangkan masa menandatangani buku pelawat khas yang disediakan oleh pengurusan masjid berkenaan.