fb fb fb fb fb

PM Singapura hadiri jamuan minum petang, akhiri lawatan dua hari ke Malaysia

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong menghadiri jamuan minum petang yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong meneruskan agenda terakhir dalam Lawatan Kerja ke Malaysia dengan menghadiri minum petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Beliau yang tiba pada pukul 4.30 petang itu disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pertemuan kira-kira 30 minit dua pemimpin secara tertutup itu membawa kepada perbincangan pelbagai hala antara dua negara berjiran.

Terdahulu beliau mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Mengakhiri lawatan kerja sulung selama dua hari bermula semalam, Wong dilihat berpuas hati dengan perbincangan bersama Malaysia dalam pelbagai hala termasuk Zon Ekonomi Khas (SEZ) dan tenaga pengajar Pendidikan Bahasa Inggeris.

Wong dijadual pulang ke Singapura pada pukul 8.40 malam ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE