fb fb fb fb fb

Kerajaan fokus penyasaran subsidi diesel

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jun- Tiada rancangan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95 buat masa ini.

Tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, fokus kerajaan ketika ini tertumpu kepada pelaksanaan subsidi diesel.

"Kita fokus kepada (penyasaran) subsidi diesel dahulu dan bila sudah stabil, kita boleh tengok apa lagi yang kita kena buat.

"Masa kita nak buat penyasaran subsidi diesel kita kena fikir implikasi dan caranya, buat masa sekarang fokus kerajaan ialah untuk subsidi diesel,"katanya.

Tambahnya, dasar subsidi bersasar merupakan mekanisme yang dirangka dengan teliti.

Ini bagi mengurangkan impak kenaikan harga kepada barangan keperluan harian dan mengelakkan aktiviti pencatutan.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Simposium Sasana Bank Negara Malaysia 2024.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE