fb fb fb fb fb

PM sedia pertimbang input cendekiawan untuk pelaksanaan

PUTRAJAYA, 21 Ogos- Sebagai sebuah kerajaan yang terbuka, input-input daripada golongan cendekiawan akan dipertimbangkan untuk pelaksanaan sekiranya sesuai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan teras utama konsep Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, Kerajaan Keluarga Malaysia yang sentiasa mengambil kira pandangan setiap golongan.

Ketika merasmikan Simposium Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan sempena 100 hari pentadbiran beliau, Datuk Seri Ismail Sabri mengalu-alukan pihak terlibat yang menilai prestasi kerajaan pimpinan beliau.

"Terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Menteri Kesihatan serta Peguam Negara yang sanggup mengorbankan hari cuti mereka untuk menceritakan kisah-kisah pencapaian dan cabaran mereka.

Saya juga mengalu-alukan kehadiran 10 tokoh cendekiawan yang sudi meluangkan masa untuk membentangkan kertas-kertas kerja mereka bagi menilai secara objektif prestasi Kerajaan Keluarga Malaysia sepanjang tempoh satu tahun yang lalu," katanya ketika berucap pada Simposium Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap merasmikan  Simposium Keluarga Malaysia : Pencapaian dan Harapan di sini)

Jelas beliau, simposium berkenaan akan memberi ruang yang luas untuk semua peserta mendapat maklumat tepat dan jelas mengenai pencapaian serta cabaran Kerajaan Keluarga Malaysia sepanjang tempoh satu tahun yang lalu.

Media Baharu