fb fb fb fb fb

Wanita rentung kereta terbakar dalam kebakaran

(Keadaan kereta Perodua Kelisa yang hangus terbakar)

SETIU, 21 Ogos- Seorang wanita rentung selepas kereta Perodua Kelisa yang dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu 5 tan di Kampung Gong Batu Setiu kira kira 5.35 petang, pada Sabtu.

Mangsa Nurul Emylia Natasha Zulkifli, 20 tahun maut dalam kejadian tersebut manakala pemandu Mohammad Ikhwan Hakim Daud, 21 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata, pemandu lori turut cedera di bahagian leher manakala dua penumpangnya tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu lori memberi isyarat untuk membelok ke kanan jalan dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja di Besut.

Namun kereta Perodua Kelisa dari arah sama secara tiba tiba cuba memotong tetapi gagal, lalu melanggar bahagian kanan lori menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat .

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


(Anggota bomba selesai memadam kebakaran membabitkan dua buah kenderaan)

Media Baharu