fb fb fb fb fb

125 warga APM sertai Kayuhan Berbasikal Dekad Platinum APM

KANGAR, 21 Ogos- Seramai 125 peserta terdiri daripada warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari seluruh negara menyertai Kayuhan Berbasikal Dekad Platinum APM sejauh 70 kilometer.

APM Perlis menerusi kenyataan memaklumkan, kayuhan melibatkan persinggahan di tujuh destinasi pelancongan menarik di negeri itu.

"Antara lokasi-lokasi yang disinggahi adalah Pasar Terapung JPS, Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis, Homestay Kampung Ujung Bukit, Muzium Marhum Kayang, Kampung Kurung Tegar, Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis dan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail," menurut kenyataan itu.

(Sebahagian peserta Kayuhan Berbasikal Dekad Platinum APM)

Terdahulu, pelancaran kayuhan disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di perkarangan pejabat APM Perlis, di sini.

Baginda seterusnya menyertai kayuhan tersebut yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Kayuhan turut disekalikan dengan aktiviti rutin MAIPs Peduli.

Media Baharu