fb fb fb fb fb

Dua PPS dibuka di Johor susulan hujan lebat

JOHOR BAHRU, 21 Ogos- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di Johor setakat pukul 4.00 pagi tadi melibatkan Dewan Raya Kampung Melayu Batu Sepuluh dan Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara.

PPS pertama dibuka pukul 7.00 malam menempatkan 43 penduduk terjejas daripada 12 keluarga, dari kawasan Kampung Laut Batu Sepuluh, yang dinaiki air petang semalam.

Manakala PPS SK Bukit Mutiara dibuka satu jam kemudian menempatkan 43 penduduk daripada 17 keluarga.

Ia melibatkan penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Pasir, Kangkar dan kampung Kenangan.

(Anggota APM membantu memindahkan penduduk terjejas banjir
setelah kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat)

Menerusi laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, hujan lebat berterusan melebihi dua jam sejak petang semalam dan sistem perparitan tersumbat menyebabkan paras air naik ke kawasan perumahan.

Beberapa agensi terlibat dalam proses pemindahan penduduk terjejas banjir dan operasi di PPS termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan RELA.

Media Baharu