fb fb fb fb fb

NCIA lahirkan 400 usahawan B40

(Para graduan menunggu giliran pada Majlis Konvokesyen empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dan Program JomNiaga@NCER di Arau)

ARAU, 21 Ogos- Seramai 400 usahawan tempatan dari golongan B40 di negeri Perlis berjaya dilahirkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sosial Malaysia.

Kejayaan tersebut, hasil Program empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dan Program JomNiaga@NCER.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, peserta program ini berhasil mencatat dana terkumpul sebanyak RM9.43 juta hasil dari pelbagai aktiviti keusahawanan walaupun ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Program empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dirangka bagi meningkatkan keyakinan para peserta untuk membuka perniagaan sendiri dan menjana pendapatan tambahan.

Pengisian program berdasarkan keperluan ekonomi setempat dan golongan sasar serta mengaplikasikan pemasaran secara digital berjaya menyokong usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing.

Manakala Program JomNiaga@NCER adalah program modal insan inklusif yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40 di Wilayah Ekonomi Koridor Utara melalui penjanaan pendapatan dalam masa singkat.

Beliau memaklumkannya kepada media pada Majlis Konvokesyen empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dan Program JomNiaga@NCER di Arau.

Sejak 2019, hampir 93,000 rakyat dari 30 daerah di NCER terdiri dari kumpulan sasar B40, wanita dan orang asli mendapat manfaat daripada program modal insan berteraskan rakyat di bawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).


(Penyampaian sijil kepada graduan Program empowerNCER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan dan Program JomNiaga@NCER )

Media Baharu