fb fb fb fb fb

Suami isteri maut, motosikal rempuh belakang lori

Keadaan motosikal mangsa yang hancur selepas merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan

SELANGAU, 10 November -Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori rosak di Kilometer 97, Jalan Pan Borneo Sibu–Bintulu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian berlaku berhampiran Sepiring, kira-kira pukul 7.45 malam.

"Mangsa, Kelly Baling dan isterinya Belula Amin, menunggang dari arah Bintulu menuju Selangau sebelum dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori yang diletakkan di bahu jalan.

Kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN