fb fb fb fb fb

PM sambut baik perjanjian PETRONAS-ADNOC

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik perjanjian bersejarah antara PETRONAS dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) untuk meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 di Abu Dhabi.

Beliau menjunjung kasih atas peranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang menjadi tenaga pendorong utama kepada kejayaan usaha itu.

Pemeteraian kerjasama itu merupakan cerminan untuk membina hubungan antarabangsa serta menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai negara tatkala dunia sedang dalam pemulihan pasca COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.

Anwar turut menaruh sepenuh keyakinan kepada syarikat-syarikat serta bakat-bakat tempatan mampu menerajui serta meneroka idea dan peluang untuk bersaing di peringkat global.

(Foto FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu