fb fb fb fb fb

MAINJ selaras kurikulum agama-akademik

ISKANDAR PUTERI, 6 Disember- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sedang berusaha menyelaras kurikulum agama dan akademik di seluruh institusi agama dan tahfiz di negeri itu.  

Langkah itu bertujuan menyeimbangkan pendidikan agama dan akademik bagi meneruskan hala tuju ke peringkat pengajian lebih tinggi. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Mohd Fared Mohd Khalid berkata Program Intervensi Tahfiz turut dilaksana mulai tahun depan yang mewajibkan pelajar tahfiz dari madrasah swasta berusia 17 tahun ke atas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau Bahagian Pendidikan Islam MAINJ sedang membangunkan kurikulum tahfiz yang merangkumi subjek al-Quran, akademik dan agama yang akan diselaraskan di semua institusi tahfiz swasta negeri Johor," kata Mohd Fared semasa persidangan Dewan Negeri Johor di sini.

30 sekolah daripada 125 madrasah tahfiz berdaftar di negeri ini telah melaksana kurikulum kebangsaan di peringkat SPM secara penuh, tuisyen mingguan dan mengikuti pengajian di sekolah menengah.

(Datuk Mohd Fared Mohd Khalid berkata MAINJ selaras kurikulum agama-akademik/Foto fail)

Media Baharu