fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak berkurang

(Foto APM Hilir Perak)

IPOH, 6 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada hanya 58 penduduk daripada 13 keluarga setakat pukul 4.00 petang tadi.
 
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di daerah hilir perak iaitu PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak. 

Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung ditutup secara rasmi pada pukul 10.00 pagi tadi.

(Foto APM Hilir Perak)

Media Baharu