fb fb fb fb fb

Boulder Valley Glamping terima gred 3 bintang

(Boulder Valder menerima pengiktirafan 3 bintang kategori Hotel Inovatif Resort)

BALIK PULAU, 6 Disember- Boulder Valley Glamping menerima penggredan tiga bintang Kategori Hotel Inovatif Resort di bawah Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan menjadi premis pertama yang diberikan penggredan itu di negara ini.

Setiausaha Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan MOTAC, Roslan Mohammad berkata, pihaknya menggalakkan semua pengusaha glamping memohon penggredan kerana banyak faedah dan insentif yang akan diperoleh oleh pihak premis sekiranya berdaftar dan diberikan penggredan oleh MOTAC.

"Mereka boleh mendapat inisiatif pengecualian cukai daripada MIDA selain dapat mengambil pekerja asing melalui Jabatan Imigresen serta mengikuti program yang dilaksanakan oleh MOTAC. Kami cuba menyasarkan dalam 10 ke 15 pengusaha glamping untuk menerima penggredan ini pada tahun depan.

Namun ia bergantung kepada kriteria yang perlu dipenuhi terlebih dahulu iaitu memiliki lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya selepas menyampaikan Sijil Penggredan kepada Boulder Valley Glamping Penang, di Teluk Bahang, pagi tadi.

(Roslan Mohammad)

Penilaian yang dilaksanakan oleh MOTAC memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan kepada pelancong.

Pengiktirafan itu boleh dijadikan sebagai perintis dan rujukan hotel-hotel lain untuk digredkan sebagai Hotel Inovatif secara amnya.

Sementara itu, di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 304 hotel telah berdaftar untuk penggredan dan sebanyak 119 telah diberikan penggredan.

Daripada jumlah tersbut 15 hotel mendapat taraf lima bintang, empat bintang sementara 28 hotel mendapat tiga bintang.

 

Media Baharu