fb fb fb fb fb

Johor peruntuk RM3.2 juta laksana enam program insentif peningkatan hasil padi

ISKANDAR PUTERI, 6 Disember- Kerajaan Johor memperuntukkan RM3.2 juta bagi melaksana enam program insentif peningkatan hasil padi  kepada pesawah sama ada individu mahupun berkelompok. 

Insentif berkenaan sebahagian usaha meningkatkan hasil pengeluaran padi bawah agenda jaminan bekalan makanan negeri Johor sebagai Periuk Nasi Selatan. 

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata Johor mempunyai 10 kawasan tanaman sawah padi dengan keluasan 2,254 hektar melibatkan lima daerah dengan 875 pesawah.  

"Pengeluaran hasil sawah padi di negeri Johor pada musim utama tahun 2021/2022 telah mencatat peningkatan hasil sebanyak 30.1% berbanding musim utama 2020/2021. Pada musim utama 2020/2021 sebanyak 4,746 tan dan meningkat 6,225 tan," kata Zahari semasa persidangan Dewan Negeri Johor di sini.

Peningkatan hasil ini disebabkan faktor komitmen petani dan pengurusan sawah yang lebih teratur dan sistematik serta faktor insentif projek pembangunan sawah padi yang dilaksana kerajaan Johor.

(Johor peruntuk RM3.2 juta laksana enam program insentif peningkatan hasil padi)

Media Baharu